Polisi

Refund & Penghantaran Digital

1. Produk digital sahaja

Produk Bisnes Praktikal dihantar secara digital. Tiada barang fizikal, caj pos atau courier digunakan. Pautan download, fail atau arahan akses akan diberikan selepas pembayaran berjaya disahkan.

2. Masa dan cara penghantaran

Penghantaran biasanya bermula secara automatik selepas pengesahan pembayaran. Sesetengah transaksi mungkin memerlukan semakan tambahan. Pastikan email pesanan tepat dan semak folder spam atau promosi jika mesej tidak kelihatan.

Jika akses tidak diterima, email support@bisnespraktikal.com bersama nama produk dan rujukan pesanan. Jangan hantar nombor kad penuh atau OTP.

3. Masalah fail atau akses

Jika pautan tidak berfungsi, fail rosak atau kandungan yang diterima tidak sepadan dengan pesanan, kami akan cuba memberikan pautan baharu, fail gantian atau penyelesaian lain yang munasabah.

4. Kelayakan refund

Oleh sebab produk digital boleh diakses atau disalin selepas penghantaran, refund kerana pertukaran fikiran biasanya tidak diberikan selepas akses atau download berjaya. Walau bagaimanapun, permohonan boleh dipertimbangkan untuk keadaan berikut:

5. Cara memohon

Hantar permohonan kepada support@bisnespraktikal.com dalam masa tujuh (7) hari kalendar dari tarikh pembayaran. Sertakan nama produk, rujukan pesanan, penerangan masalah dan bukti yang munasabah. Kami mungkin meminta maklumat tambahan untuk mengesahkan transaksi.

6. Keputusan dan kaedah bayaran balik

Permohonan dinilai berdasarkan rekod transaksi, penghantaran dan usaha penyelesaian. Jika diluluskan, refund biasanya dipulangkan melalui kaedah pembayaran asal apabila disokong oleh penyedia pembayaran. Masa pemprosesan bank atau gateway berada di luar kawalan kami.